Guna Microwave
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave | Baru-baru ni viral di media sosial resipi kek coklat yang hanya dimasak selama 3 minit menggunakan microwave. Memangbrilliant siapa yang dok create resipi ni. Ai pun tak terkecuali untuk turut terjebak mencuba resipi yang sememangnya sangat mudah, cepat dan paling penting sedap!Resipi asal hanya menggunakan Milo. Tapi sy tak berapa gemar sebab rasa coklat tak begitu terasa. So sy olah resipi dengan menambah serbuk koko untuk lebih rasa coklat.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- 4 tbsp tepung gandum (sy gunakan tepung naik sendiri)
- 4 tbsp gula halus (sy gunakan gula pasir)
- 4 tbsp susu cair (boleh gantikan dengan susu segar)
- 4 tbsp minyak masak (boleh juga gunakan minyak jagung)
- 2 tbsp serbuk koko
- 2 tbsp Milo
- 1 tsp baking powder (tak payah letak kalau guna tepung naik sendiri)
- 1 tsp esen vanila
- 1 biji telur
Bahan untuk kek coklat 3 minit |
Cara nak buat dia senang sangat. Tapi molek kalau korangayak dulu tepung dan serbuk koko tu. Kalau gunakan baking powder, ayak sekali. Proses ni kalau ikut logik pemikiran sy bertujuan untuk elakkan bahan tersebut jadi berketul time korang kacau dalam bekas nanti. Lagipun ni benda basicbuat kek ye. Ayak ajelah! Tak usah banyak soal!
Patut guna penapis hak lagi halus. Tapi sy malas selongkar stor. Balunajelah! Hehe! |
Kemudian campurkan aje bahan lain serentak. Lagipun sy memang tak rajin nak kacau satu-satu bahan. Memang semua sekali sy masukkan aje dalam satu bekas. Bekas tu pun sy gunakan hak yang boleh masuk dalam microwave, Punyalah malas nak buat macam orang lain.
Tapi kalau korang guna oven, jangan memandai guna bekas plastik macam ni ye.
Bahan-bahan yang telah dicampur |
Lepas tu korang kacau aje dengan garfu sampai semua bahan tu sebati. Tapi kalau guna bekas segi empat tepat macam gambar di atas, susah sikit nak kacau. Sy recommend korang guna hak yang jenis bulat, senang sikitnak mengacau.
Rupa kek sebelum dibakar |
Part paling best pakai microwave ni, korang tak payah panaskan dulu macam gunakan oven. Masukkan aje ikut kesuaian masakan dan masa yang dikehendaki. Tapi seperti juga oven, microwave juga mempunyai option berbeza mengikut syarikat pengeluar. Yang pasti kena gunakan atas daripada Defrost.
Pastikan ianya bukan Defrost |
Belum sempat korang dok kemas barang yang korangselongkar nak buat kek tadi, tetiba bunyi TING! Itu menandakan kek korang sudah siap dan boleh dihidangkan. Mula-mula buat dulu, tak berapa yakin yang kek tu boleh siap dalam lebih kurang 15 minit tempoh penyedian. Tapi memang jadi! First time buat terus nampak hasil.
Geram dok tengok kegebuan dia. |
Sy suka buat topping sebagai penambah perisa. Lepas tutabur coklat rice. Perghh! Memang terbaik! Anak-anak sy suka sangat kek ni. Sy pun tak ada masalah nak sediakan tiap kali diorang request nak makan kek. Satu bekas tucukup untuk kami empat beranak makan.
No comments:
Post a Comment