Sunday 4 October 2015

Pabila jerebu melanda...

Assalamualaikum wbt..


Korang sihat ke?..semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang melimpah ruah tanpa putus dari Allah SWT..Ameenn..

Dah hampir sebulan negara kita dilanda jerebu..jerebu yang berpunca daripada pembakaran hutan dikawasan Kalimantan, Indonesia..akibatnya ada sesetengah negeri di negara kita berhadapan dengan kualiti udara yang sangat tidak sihat sehingga Indek Pencemaran Udara (API) mencecah ke paras bahaya..impaknya semua sekolah di beberapa buah negeri terpaksa ditutup dan penangguhan kelas-kelas di beberapa buah IPT..

Musim jerebu ni kene la minum air bebanyak ye..kesihatan perlu dijaga..langkah-langkah pencegahan perlu dibuat..ye la badan nk pakai lama kan..ok jom baca info ni..semoga berguna dan bermanfaat..



Langkah Mencegah Kesan Akibat Jerebu


Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu :
  • Kanak-kanak. 
  • Orang tua. 
  • Perokok. 
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. 

Golongan berpenyakit seperti :
  • Asma. 
  • Bronkitis. 
  • Radang paru-paru. 
  • Penyakit paru-paru yang kronik. 
  • Penyakit jantung. 
  • Alahan. 

Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
  • Sukar bernafas atau sesak nafas. 
  • Mata pedih dan berair. 
  • Hidung berair dan kerap bersin. 
  • Kulit badan terasa gatal-gatal. 
  • Sakit-sakit dada. 

Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut.

Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :
  • Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
  • Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). 
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 

No comments:

Post a Comment