Tuesday 27 December 2016


hati perempuan sebenarnya senang aje nak jaga. tak perlu nak siram hari-hari pun. tak perlu nak puji pagi petang siang malam. tak perlu hari-hari nak hadiahkan bunga atau emas permata sekalipun. tapi cukup sekadar menjaga hati. cukup sekadar memahami. cukup. 

perempuan bila dah sayangkan seseorang, dia akan sayang sepenuh hati. dia tak kan cakap hari ni sayang, esok benci. melainkan hati tengah marah. melainkan lelaki tak memahami. kekadang perempuan mahu di manja, mahu disayangi, mahu terasa dihormati. mahu merasa seseorang hadir disisi. walau sehebat mana pun seorang perempuan, walau setegas mana pun dia, tetap mahu bermanja dengan orang yang dia sayang. tetap mahu disayangi. kensep disayangi banyak segi. banyak cabangnya.

kekadang, rajuk perempuan di biarkan terlalu lama. sampaikan dia terpaksa merawat sendiri sakit di hati. terpaksa pujuk diri sendiri. tapi sampai bila? sampai bila wahai lelaki?fikirkan. adakah perempuan yang kau lukai hati nya kau mahu jadikan isteri? atau kau sekadar mengisi kekosongan hati? kalau itu niat kau, maaf! rasanya sampai di sini. STOP play around wahai lelaki.

hati perempuan di ibaratkan seperti sutera, lembut, sangat mudah tersentuh. tetapi, selembut-lembut hati dia, bila hati selalu berdarah. bernanah. maaf. pintu hati ini akan dikunci serapat-rapatnya. melutut lah. merayu lah. semuanya bagai angin yang berlalu. maaf. 

bila hati dah tak sayang...............

Tuesday 20 December 2016

Urat Kaki Timbul Semasa Mengandung Dan Cara Mencegahnya

Urat Kaki Timbul Semasa Mengandung Dan Cara Mencegahnya

Vena varikos, urat timbul atau urat simpul berlaku apabila saluran darah vena (salur darah yang membawa darah dengan kandungan karbon dioksida daripada bahagian badan yang lain ke jantung) mengembang, membesar dan akhirnya bersimpul. Keadaan ini menyebabkan saluran darah yang membiru atau ungu ini timbul dan berpintal dipermukaan kulit.
Secara anatomi, vena di kaki mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian permukaan (superficial) di bawah kulit dan bahagian dalam (deep) di dalam otot kaki. Lazimnya vena di bahagian dalam akan membawa darah ke jantung kerana salur darah itu dipam oleh otot kaki dan menghasilkan tekanan yang tinggi. Bagaimana pula vena di bahagian permukaan? Kehadiran beberapa injap mengelakkan darah mengalir ke kaki dan vena ini akan mengalirkan darah ke vena bahagian dalam melalui vena penyambung (connecting vein). Disamping itu injap juga mengelakkan darah yang dialirkan melalui vena penyambung kembali ke vena superficial.
Apabila injap mengalami masalah, maka pengaliran darah menjadi songsang. Pengepaman darah ke jantung tidak dapat dilakukan dengan baik kerana kebocoran berlaku ke vena superficial menyebabkan kandungan darah menjadi banyak dan menyebabkan salur darah mengembang.
urat simpul semasa mengandung

Urat simpul dalam wanita mengandung.

Kehadiran hormon progesteron dan relaxin dalam wanita mengandung menyebabkan dinding saluran darah mengembang sehingga menyebabkan ia timbul ke permukaan kulit. Selain itu, akibat tekanan rahim yang makin membesar turut menjejaskan fungsi injap sehingga berlaku pengumpulan darah pada saluran vena.
Selain daripada kaki, urat timbul juga boleh terjadi di sekeliling atau dalam faraj dan boleh terjadi di bahagian dubur dan menyebabkan buasir. Oleh sebab itu, buasir adalah antara masalah yang kerap terjadi kepada ibu hamil. Namun, keadaan ini akan baik selepas melahirkan anak kecuali jika ibu mengalami urat simpul sebelum mengandung.
Selain daripada itu, individu dengan sejarah varikos vein dalam keluarga dan warga emas mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat vena varikos.
Biasanya bagi ibu mengandung, jarang sekali urat akan bersimpul, cuma timbul sajalah. Cuma kalau masalah tersebut berulang setiap kali mengandung, mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk.

Faktor risiko yang lain termasuk

  • Banyak berdiri – pekerjaan seperti polis trafik
  • Gaya hidup yang kurang aktif
  • Peningkatan berat badan.

Komplikasi urat timbul

Vena varikos bukan sahaja tidak indah dipandang, malah menyebabkan komplikasi terhadap kesihatan. Walaupun kebanyakan vena varikos tidak menyebabkan komplikasi, namun jika dibiarkan lama tanpa rawatan, mungkin berpuluh-puluh tahun komplikasi mungkin berlaku, namun jarang sekali terjadi kepada ibu mengandung kerana biasanya urat akan kembali normal selepas bersalin. Kecuali jika ibu mengalami masalah yang sama setiap kali mengandung, risiko untuk berlaku komplikasi mungkin ada.
Simptom urat simpul
  • Sakit atau berasa berat pada kaki
  • Bengkak bahagian buku lali
  • Kegatalan
  • Kejang otot
  • Sakit atau lenguh jika berdiri atau duduk dengan lama
Komplikasi yang lebih teruk
  • Keradangan pada salur darah superficial menyebabkan kesakitan dan kemerahan
  • Ekzema pada kulit – Akibat perkumpulan darah di bahagian kulit mengakibatkan warna nya berubah menjadi coklat atau keunguan
  • Ulser pada kulit – Jika darah yang terkumpul di bawah kulit bocor maka akan menyebabkan berlakunya ulser yang susah untuk sembuh kerana bekalan oksigen yang kurang dalam darah.

Cara pencegahan urat simpul

Urat simpul boleh dicegah dengan menguatkan dinding pembuluh darah untuk mengelakkan ia berkembang akibat tindakan hormon. Tapi apabila ibu mengalami keadaan ini semasa mengandung, mungkin tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menghilangkan urat simpul. Namun tips berikut boleh dicuba:
  • Baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava (salur darah besar di hadapan tulang belakang). Letakkan satu bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang.
  • Tinggikan kaki semasa baring atau tidur atau ketika duduk.
  • Elakkan berdiri atau duduk untuk jangkamasa yang panjang. Kerapkan berjalan sekurang-kurangnya dalam tempoh 1-2 jam selepas berehat atau berdiri. Ibu juga boleh lakukan senaman untuk ringkas untuk melancarkan peredaran darah.
  • Elakkan silang kaki ketika duduk.
  • Amalkan diet seimbang untuk mengelakkan kenaikan berat badan mendadak dan terlalu banyak.
  • Memakai stokin khas di atas lutut untuk mengelakkan darah berkumpul di kaki. Mungkin ibu boleh pakai stokin semasa tidur kerana pada ketika itu otot kaki tidak aktif. Tapi pemakaian stokin ini tidak menjamin boleh menghalang berlakunya urat simpul, tapi mungkin boleh mengurangkan rasa tidak selesa.

Bagaimana jika urat simpul tidak hilang?

Ibu akan terus dipantau selepas bersalin, jika didapati urat simpul masih tidak hilang, rawatan lanjut akan ditawarkan.

Vitamin yang dicadangkan untuk mencegah urat simpul

Vitamin B Complex
Membantu masalah urat dan saraf. Selain daripada itu vitamin B3 membantu melancarkan peredaran darah dalam vena dan arteri.
Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air yang banyak terdapat dalam darah. Diperlukan untuk pembentukan kolagen, pembentukan kulit dan elastin yang membantu kulit untuk meregang. Tisu-tisu ini diperlukan untuk memastikan dinding vena kuat dan fleksibel.
Vitamin E
Merupakan antioksida yang larut lemak. Vitamin E biasanya terdapat pada sel membran yang terbina daripada lemak. Fungsi vitamin E adalah untuk meneutralkan radikal bebas yang menyerang salur sarah sekaligus menguatkannya.

Monday 12 December 2016

Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu – Dr Hamid Arshat

Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk tujuan itu.
Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu – Dr Hamid Arshat

Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat.

Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi

Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim. 

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.

Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara-cara menjaga rahim

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Diantaranya:

– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan  Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.