Friday 28 October 2016

Ibu Mengandung Senang Badan Lemah, Letih, Cepat Mengantuk

Adakah anda selalu letih dan tidak bermaya? Sering rasa sudah cukup tidur tetapi tetap terasa mengantuk dan letih?      

Mari kita kaji apa sebab-sebab yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.


Antara punca-punca menyumbang kepada cepat letih, mengantuk, lesu dan susah fokus adalah :
  •     Cara pemakanan yang tidak sihat
  •     Tekanan hidup atau stres
  •     Kegemukan atau obesiti
  •     Pekerjaan yang memenatkan
  •     Insomnia
  •     Darah rendah/anemia
  •     Perokok tegar
  •     Mengambil kafein (kopi / teh) secara berlebihan
  •     Terlebih kerap mengambil makanan segera dan snack yang tidak sihat
  •     Tidak melakukan senaman harian
  •     Kurang minum air
  •     Sedang mengandung
  •     Pengambilan ubat-ubatan
  
Hari ini saya hendak fokus pada sebab-sebab ibu mengandung senang merasa badan lemah, cepat letih, dan selalu mengantuk ...  



  • Tidur yang tidak cukup– disarankan ibu mengandung tidur secukup-cukupnya iaitu dalam 7 hingga 8 jam.  Kembalikan tenaga anda dengan selalu mengambil nap time.
  • Tak cukup energy – ibu mengandung harus mengambil diet sihat dan makanan yang mencukupi. Diet yang seimbang membantu mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Paras glukosa dalam darah tidak boleh rendah, ibu mengandung akan terus menjadi lemah dan mungkin pitam kalau tahap glukosa dalam darah rendah.
  • Skip breakfast– ibu-ibu jangan skip breakfast! Jika rasa seperti tidak lapar, tidak boleh mengambil sarapan yang berat, sila makan sekeping roti, beberapa keping biskut mahupun  hanya minum segelas susu.  Anda perlukan tenaga untukmengharungi kerja harian yang perlu disiapkan. 
  • Anemia (kurang darah merah) – anemia akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam, lesu, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, atau bekerja akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran/kerja.Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low) . Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
 ** Maklumat penyakit anemiaAnemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

 < 6.9 - Sangat teruk
6.9 < 8.0 - Teruk
8.0 < 9.5 - Sederhana
9.5 -10.5 - Ringan 
 
  • Gangguan Emosi – Semua orang pernah mengalami tekanan. Ibu hamil senang menghadapi gangguan tekanan emosi.Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa. Gangguan emosi bukan sahaja meletihkan seseorang, ia juga memudaratkan kesihatan. Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.
  • Alahan (disebabkan hormon)- Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, kehamilan adalah tempoh berlakunya banyak perubahan dalam badan wanita. Hormon mempunyai kesan besar terhadap sistem imun atau daya ketahanan badan yang akan turut mempengaruhi masalah alahan. Contohnya, alahan hidung biasanya berlaku pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Wanita hamil lebih mudah mengalami masalah hidung tersumbat, gatal dan hidung berair. Semua ini akan melemahkan sistem imun si ibu mengandung. 
  • Dehidrasi – jika kurang minum air, ibu-ibu akan rasadehydrated.  Dehidrasi ditakrifkan sebagai 'kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Air sumber tenaga dalam badan. Dehidrasi akan menyebabkan aktiviti enzim/aktiviti penyerapan protein di dalam badan menjadi perlahan dan seterusnya menyebabkan seseorang terasa amat penat dan letih. Ia bukan masalah ringan. Menurut Dr. Zubaidi (http://drzubaidi.com) Dehidrasi teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahim terutama ketika awal kehamilan.
 
** Ada beberapa langkah mencegah dehidrasi pada wanita hamil yang disarankan Dr.Zubaidi.
 Antaranya ialah :
  • Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi.

  • Minum sebelum rasa haus.

  • Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.
Jadi, secara ringkasnya ibu-ibu perlu menjaga pemakanan, dan bersenam setiap hari untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu dan tak bermaya

Lakukan kedua-duanya dengan konsisten setiap hari agar badan sentiasa sihat, cerdas dan cergas. 
Selain itu ibu-ibu hamil harus amalkan pengambilan supplement untuk mempertingkatkan sistem imun.



 
Mums should eat well!

preggy can exercise too!

                        
Take supplements consistently.






Jadi, apa yang harus ibu hamil mengambil untuk mempertingkatkan sistem imun sepanjang kehamilan?

  • Vitamin C -  meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

  • B Complex - lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik penting untuk pembinaan tulang janin, dan mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu hamil memerlukan minimum 400mg asid folik sehari. 

  • Vitalea - multivitamin diperkayakan dengan iron (zat besi) khususnya bagi mengatasi masalah anemia sepanjang kehamilan. Ia juga bagus bagi menjaga pembesaran janin. Vitalea paling terkenal untuk ibu-ibu yang perlu menjaga atau menstabilkan bacaan HB.     
  • Zink - Membantu menghasilkan insulin dan enzim dalam tubuh
 ** Cara pengambilan ialah :
    1 biji sehari, untuk setiap satu Vit-C, B-Complex, Vitalea dan Zink 

Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian supplement yang terbaik untuk ibu mengandung.



Apa lagi vitamin lain yang boleh ibu-ibu mengandung consider ambil?

  • Performance Drink - mencegah dehidrasi dan menstabilkan paras gula dalam darah. Ianya minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan. Ia mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina. Formula unik Shaklee iaitu Opticarb membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
Performance Drink sangat bagus untuk mencegah dehidrasi dan menstabilkan paras gula dalam darah. Especially for pregnant mum.

    Performance Drink - mencegah dehidrasi dan menstabilkan paras gula dalam darah. Ianya minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan. Ia mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina. Formula unik Shaklee iaitu Opticarb membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
 
 
 

Thursday 20 October 2016

Resepi Durian Crepe – cara membuat durian crepe step by step

Resepi Durian Crepe
Hari ni aku nak kongsi satu resepi yang hot hot skarang ni kat fb je asyik durian crepe je aku nengok orang duk promote anyway kat sini aku kongsi resepi durian crepe kat korang k..
Sebenarnya durian crepe ni dah lama diaorg ada jual kat shopping-shopping mall kat KL aku penah gak beli kat ikano dulu memang sedap sangat & tak sangka kini aku dapat buat sendiri & terima kasih kat blog ni yang aku amik resepinya : http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/10/resepi-crepe-durian-tutorial.html
Anyway inilah bahan-bahannya
Bahan-bahan untuk kulit Resepi Durian Crepe
Resepi Durian Crepe
50g  Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
1 sudu esen vanila
40ml susu cair ( tapi aku pakai  fcm dutch lady je hihi)
1 gelas air (160ml)
3 sudu butter dicairkan
sedikit pewarna kuning ( tapi aku tak letak pun)
Langkah 1 Resepi Durian Crepe
tttt
Campurkan tepung gandum, tepung ubi & gula halus & ayak ke dalam bekas yang sesuai.
Resepi Durian Crepe
Resepi Durian Crepe
Masukkan susu & kacau rata
Resepi Durian Crepe
Pastu masukkan pulak telur yang telah di kacau2 guna garfu ( kacau siket2 je pun)
Resepi Durian Crepe
Masukkan esen vanila lak..pastu msk air (lupa nk snap )
Resepi Durian Crepe
pastu butter lak & kacau kacau sampai sebati sebab butter ni susah sket nk msk dlm air kan.. pastu tapis
Resepi Durian Crepe
lepas tu leh la membakar adunan lapisan durian crepe korang ni.. sori la terlepas nak snap time tengah memasak adunan ni anyway caranya  ialah ambil satu senduk kecil & leperkan ke atas nonstick pan macam kat pic bawah ni aku curi kat google image ja
Resepi Durian Crepe
saiz ni terpulangla  aku nyer teruk betul xde jadi bulat cengini pun hahaha.. lapisan ni xyah alih-alih tau, agak agak masak je terus telangkupkan kuali kat atas pingan kalo cedok-cedok pakai sudip takut terkoyak lak dah la nipis je menda ni. bagi yang dah expert senang la aku yang amatur ni siap ada yang reject 2-3 bijik sebab salah telangkup sampai jatuh kat lantai huhuhu..
pastu lapisan ke-dua leh je tindan-tindan jangan risau crepe ni x melekat sebab dah kita letak butter dalam adunan tadi. pan korang pun xyah letak ape-ape minyak lagi tau!
Resepi Durian Crepe
Inilah hasilnya kulit Durian Crepe aku tu… malu jugak nak upload ni orang lain buat bulat-bulat ja aku punya hahaha banyak sangat seni ni ðŸ˜€
baiklah kita ke bahan-bahan untuk inti Resepi Durian Crepe
Langkah 2 : Inti Durian Crepe
Bahan-bahan untuk inti resepi durian crepe ialah :
Resepi Durian Crepe
150ml whipping cream + 1 sudu besar gula halus – pukul hingga gebu & kental
Resepi Durian Crepe
dan bahan paling penting ialah mestilah isi durian hehehe…
Resepi Durian Crepe
Inilah isi durian yan telah dibuang bijinya aku nyer lebih kurang 6 ulas kot sebab durian yang aku beli tu kecil2 ke ulasnya kalo yang besar2 tu agak2 la maybe dalam 2-3 ulas pun dah cukup kalo terlebih xpe boleh mamam hehehe..
dan bolehlah ke acara berikutnya.. membungkus
Langkah 3 : Membungkus durian Crepe 
Resepi Durian Crepe
beginilah caranya membungkus durian crepe ambil sesudu cream pastu laps durian & lapis lagi sekali cream & balut cam balut tepung bungkus tu janji semua tertutup hehe..
Bahagian yang ada hangit-hangit tu korang letak inti tau nanti bila dah balut bahagian luar nampak cantik & berseri-serila hihihi
lagi nipis kulit lagi best tapi jangan sampai bocor lak xbest la.
Resepi Durian Crepe
Inilah hasil durian crepe yang pertamaku… hihihi semangatnya dan akhirnya aku dapat menyiapkan 13 biji durian crepe kalo korang pandai buat kulit mungkin leh dapat lagi banyak & lagi kecil saiz lagi la banyak leh buat.
Hasil ni boleh lah untuk hidangan 3-4 orang kot huhuhu
Resepi Durian Crepe
buruk beno rupenye durian crepe aku ni anyway bleh la for first time buat hihihi.. lepas tu masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 4-5 jam supaya whipping cream jadi keras & serasi bersama durian.
setelah 5 jam dalam freeze beginilah hasilnya & realy nyumi
Resepi Durian Crepe
Selamat Mencuba & Selamat Menjamu Selera….

Kebaikan dan Keistimewaan Omega Guard Shaklee

with 22 comments
Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?


Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah mesti ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. Wajib! Mengapa saya kata wajib? Inilah yang saya nak ceritakan....



Tak kenal maka tak cinta! Tapi orang kampung saya kata bila dah kenal jadi mcm ni, "I love you, not from the bottom of my heart, but from the core of my soul". Hahaha. Bukan saya sahaja, tapi suami dan anak-anak saya memang sudah tangkap cintan dengan Omega Guard Shaklee ini. Belum habis lagi dah standby sebotol yang baru. Pergh! Apa yang bagus sangat Omega Shaklee ini? Jom kita baca!


omega guard shaklee minyak ikan terbaik

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.


Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3




Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?


Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia



Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

 Kanak-kanak



  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke
Ooops, saya nak belanja uols dengan video ni. Wajib tengok! Siapa tak tengok memang rugi! Jom tengok sekarang!

 

Kenapa saya beria-ia menyuruh uols beli Omega Guard Shaklee ini? Jom kita baca dan klik 


7 Sebab Kita Perlu Pilih Omega Guard Shaklee Berbanding Minyak Ikan Jenama Lain di Pasaran





Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna,penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.