Saturday 26 September 2015

Kenapa Kentut Vagina Bahaya

Assalamualaikum wbt semua..

Sempat bersiaran hari ni..sesudah subuh..anak-anak yang comel masih lagi diulit mimpi hihi

Hari ni saya ingin berkongsi sedikit tentang kentut vagina atau kentut faraj. Korang pernah dengar kot. Jom baca..



Apa itu kentut vagina?


Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj (episotomi).. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.


Otot peranakan lemah selepas bersalin

Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan lemah dalam pengawalan pundi kencing. Sekiranya 


Hukum solat dan wuduk wanita keluar angin

Ada berbeza pendapat mengenai hal ini.

Mazhab Syafie menyatakan batal wuduk berdasarkan hadis,


عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.

Manakala sesetengah ulama berpendapat tidak batal wuduk dengan hujah nama angin yang keluar ataupun sebutan fasa dan dharat hanya berlaku kepada sesuatu yang keluar dari dubur. Maka sesuatu yang keluar dari faraj hanya seperti belahan dan tidak terbatal wuduk.


Oleh kerana mengambil sikap berhati-hati dalam beribadah, maka elok saja kiranya wanita tersebut mengambil wuduk semula.


Kesan kepada rumah tangga


Ada banyak kes yang berlaku isteri ditinggalkan oleh suami hanya kerana masalah seksual. Puan B telah menceritakan kepada rakannya tentang kisah beliau yang dahulunya menderita diabaikan oleh suami yang telah pun meninggalkannya tanpa nafkah setelah beliau menghadapi masalah rahim longgar akibat masalah kesihatan.
Sampai hati dia doktor, saya ada masalah ini pun setelah mempunyai enam orang anak. Bukan anak-anak orang lain tapi dari perkongsian hidup kami suami isteri juga. Bila saya hadapi masalah dengan sistem reproduktif ini, dia tinggalkan kami tanpa khabar berita..
Pastinya tiada siapa yang menyangka perkara itu boleh berlaku. Namun hati seorang lelaki tidak semua begitu yang hanya memandang hubungan seksual sebagai perkara paling penting. Ada ramai lagi lelaki dan suami di luar sana yang sangat bertanggungjawab.
kentut vagina boleh sebabkan masalah suami isteri




Cara mengurangkan angin keluar dari faraj:

1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil

2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.

4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat









Petua Mengatasi Peranakan Longgar dan Mengurangkan Kentut Vagina

Senaman Kegel

Senaman Kegel atau kemutan ini dapat melansingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku,

Amalan ini dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan dan dapat membantu dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri.

Cara:

1. Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Tahan dan kira hingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.

2. Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika dapat menahan kencing tanpa menggerakkan kaki.

3. Lakukan kaedah ini semasa pundi kencing anda telah kosong. (Di larang menahan kencing kerana tabiat ini boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas)

4. Tahan otot selama kira-kira 10 kiraan, rehatkan semula dalam kiraan 10. Dan ulangi semula sebanyak 4 kali pada satu sesi.

5. Lakukan teknik no.4 sebanyak 3 sesi dalam sehari

6. Lakukan senaman ini dimana-mana yang anda selesa tidak kira semasa berehat, menonton tv, membaca buku, sedang memandu, berjalan atau berdiri.

Ambil supplement

Ada kajian mengatakan masalah kentut vagina ini berlaku disebabkan paras hormon estrogen yang rendah dalam badan. Ini kemungkinan berlaku selepas seseorang wanita itu bersalin dan paras hormonnya masih tidak stabil.


Apa yang SHAKLEE dapat membantu dalam masalah kentut vagina ini? Terdapat satu produk shaklee untuk masalah ini iaitu ALFAFA COMPLEX. Bagaimana ALFAFA dapat membantu?



Alfafa dianggap sebagai kacip fatimah iaitu bertindak sebagai “PERAPAT” yang boleh  mengembalikan hubungan hangat antara suami isteri. Selain itu, dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit.


Untuk maklumat lanjut cara mendapatkan Alfalfa Complex dan supplement Shaklee yang lain, korang boleh la hubungi saya ye..free consultation daripada saya ^_^

Zaitun bt Iman
ID 932379
018-2818742


No comments:

Post a Comment