Thursday 20 October 2016

Vivix Shaklee|Kelebihan dan Kebaikan, Untuk Siapa, Review dan Testimoni Pengguna

Vivix Shaklee | Kelebihan, Kebaikan, Untuk Siapa, Review dan Testimoni Pengguna
Vivix Shaklee | Kelebihan dan Kebaikan, Untuk Siapa, Review dan Testimoni
Salah satu produk Shaklee yang mempunyai pengikut yang ramai adalah VIVIX Shaklee. Ia juga dikenali sebagai tonik ajaib atau juga sirap Shaklee. Vivix merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan yang bertahun tahun. Dan kerana “ajaibnya” Vivix ini, lebih 1 juta botol telah pun terjual di US dan Kanada
Vivix Shaklee  Bantu Lambatkan Penuaan Wajah
Malah aktress terkenal seperti Ayu Raudhah, pun turut mengamalkan tonik ajaibVivix Shaklee untuk kecantikan dan awet muda. Begitu juga dengan Anang, dan isterinya selebriti terkenal dari Indonesia.
Namun, apa dia Vivix  Shaklee ini secara dekat?
Apa kebaikan  dan kelebihan ?
Vivix Untuk siapa  ?
Sejauh mana keberkesanannya ?
Dan adakah review dan testimoni berkaitan ? 
InsyaAllah semua persoalan sini saya kupas dengan lengkap satu persatu seperti dibawah. Jemput teruskan pembacaan. 
Bisnes Jana Pendapatan 4-6 Angka Dari Rumah WAHM

Apa itu Vivix Shaklee  ?

Vivix™  ialah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia juga di panggil sirap Shaklee yang berfungsi untuk melambatkan penuaan dari peringkat sellular.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.Polifenol pula adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahasa mudahnya, bahan kimia semulajadi yang menghalang atau melambatkan penuaan
Untuk pengetahuan, Anggur Muscadine tadi adalah satu-satunya anggur yang mempunyai lebih satu kromosom yang sangat-sangat jarang ditemui. Kelebihaninilah yang menjadikan ia mempunyai lebih banyak faedah dan khasiat untukkesihatanfungsi imun yang lebih tinggi dan sifat anti oksidan yang lebih kuat dan kukuh. 
Anggur Muscat Vivix Shaklee
Anggur Muscadine Vivix Shaklee
Resveratrol pula adalah salah satu bahan yang dicampurkan untuk menghasilkanVivix.
Ia satu sebatian semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, buah-buahan, biji, anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol mempunyai aktiviti polifenolik dan antioksidan yang didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa resveratrol melawanpenuaan selular. Kajian ini juga mendapati bahawa resveratrol dapat memanjangkan jangkahayat sel sellular, yang mungkin mempunyai kesan positif ke atas DNA, kesihatan selular, dan metabolisme.
Vivix Shaklee | Kelebihan Kebaikan, Untuk Siapa, Review dan Testimoni Pengguna
Resveratrol ini tadi akhirnya digabungkan bersama sama denganAnggur Muscadine, yang mana hasil gabungan inilah memberi kesan anti penuaan 10 kali ganda lebih hebat  dalam Vivix Shaklee jika hanya dibandingkan resveratrol sahaja !
Hebatkan !

Apa Kebaikan dan Kelebihan Vivix Shaklee ?

Vivix ini mempunyai banyak kebaikan dan manfaat pada tubuh kita. Fungsiutamanya ialah:-
  • Melindungi dan membaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif pada pengawalan genetik
  • Menggalakkan pembentukan mitochondria (sumber tenaga dari sel)
  • Melambatkan pembentukan proton AGE ( melambatkan penuaan – awet muda)
Selain daripada yang diatas, apalagi kebaikan dan kelebihan Vivix Shaklee ini ?
Vivix ini juga membantu dalam kesihatan jantung, kesihatan otak,  kesihatansistem imun, kesihatan sendi, perlindungan anti oksidan, memperbaikipenglihatan dan penghadaman, kanser  dan lain lain lagi.

Vivix Shaklee Untuk Siapa ? Siapa Perlukan Vivix ? 

Vivix Shaklee ini untuk kita semua, sebabnya kita semua ni berpotensi untuk dihinggapi penyakit dan sel sel kita setiap hari terdedah dengan radikal bebas dan agen penuaan yang akhirnya boleh merosakkannya.
Namun secara khususnya,  Vivix sangat digalakkan untuk di minum oleh mereka yang ada penyakit seperti :-
  • penyakit kardiovaskular seperti serangan penyakit jantung
  • strok
  • asma
  • gout
  • kolesterol yang tinggi
  • diabetes atau kencing manis
  • tekanan darah tinggi
  • penglihatan
  • masalah berat badan
  • kanser atau barah
  • masalah kesuburan
  • Alzheimer
  • Flu, selsema, batuk
  • Perokok
  • lain lain masalah kesihatan
Keempat empat ramuan semulajadi di atas bertanggungjawab dalam membantu mengurangkan risiko dan kesan tersebut. Disinilah kelebihan dan kebaikan Vivix Shaklee yang boleh digunakan oleh hampir semua orang untuk pelbagai jenispenyakit
Sebagai contoh, Anggur Muscadine mempunyai asid ellagik dalam kepekatan tinggi yang tidak dijumpai dalam aggur jenis lain, dan telah menunjukkan ciri ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria.
Manakala Elderberry mengandungi anthocyanins memberikan kesan anti radang dan mengurangkan simpton sakit otot, demam, selsema, asma, batuk selain menguatkan sistem imun dan merendahkan tahap kolesterol LDL. Selain bertanggungjawab untuk mengurangkan stress.

Review dan Testimoni Vivix Shaklee

Asyik cerita tentang fakta sahaja, apa pula review dan testimoni daripada mereka yang telah menggunakannya.
Orang kata tak kenal maka tak cinta. Macam yang pernah saya katakan tadi, Vivixbukan hanya untuk yang berpenyakit tapi juga untuk kita semua bagi mengekalkan kesihatan. Jangan tunggu sakit baru nak makan. Kesihatan kita harus dijaga sebelum kita jatuh sakit lagi. Orang kata prevention is better than cure .:-)

Review Peribadi dan Pengalaman

 Saya sendiri dan suami juga mengamalkan Vivix Shaklee. Ok ini Review Vivix Shaklee saya. Setakat ini kami berdua belumlah ada lagi penyakit kronik di atas, Alhamdulillah. Setakat demam, selsema, batuk tu adalah. Tapi tak serius mana. Ambil Vivix setiap malam . Kadang kadang terlupa juga, tapi seboleh bolehnya amalkan minum sebelum tidur supaya khasiatnya boleh meresap dalam urat saraf kita semasa kita sedang tidur.
Alhamdulillah, suami yang dulu selalu  keletihan berulang alang kerja kini rasa lebih bertenaga. Saya pun rasa lebih segar setiap pagi ketika bangun untuk memulakan hari. Lagi satu suami selalu juga mengadu sakit belakang, maklumlah hanya naik motor ketempat kerja yang jaraknya 50KM sehala. Pergi balik dah 100KM. Bayangkan membongkok begitu hampir sejam. Balik saja, terus flat. Tapi dengan minum Vivix Shaklee ini, memang terasa kurang sakit belakangnya.
Saya pun perasan , kulit dan wajah pula rasa lebih lembut, cerah dan ceria . Kalau jumpa dengan kawan kawan zaman sekolah dulu, selalu mereka akan kata wajah saya sama tak berubah, awet muda walaupun sudah beranak 4! Hihi Alhamdulillah. Inilah review peribadi saya tentang Vivix.

Testimoni Pengguna Vivix Shaklee

Antara testimoni pengguna Vivix adalah seperti dibawah
1. Diabetis – Bacaan gula akibat kencing manis dari bacaan 20 menurun ke 5 sahaja selepas minum vivix tanpa hentikan ubat dari hospital
Testimoni Vivix Shaklee untuk Penyakit Diabetes, Kencing Manis
2.  Strok – boleh bangun dari katil setelah 3 hari amalkan Vivix. Testimoni Vivix Shaklee untuk Strok
 Alhamdulillah, setakat ini ramai pengguna yang bermasalah seperti darah tinggi, kencing manisgout, pelbagai penyakit kronik hinggalah kepada penghidap kansertelah memberi maklumbalas positif tentang keberkesanan Vivix terhadap penyakit yang dihadapi mereka dengan mengamalkan Vivix secara konsisten.
3. Kanser atau barah 
Testimoni Vivix Shaklee untuk Penyakit Kanser Surviver Master Law Chu Hian
4. Kesihatan dan rasa lebih lebih sihat bertenaga macam kawan saya ni.
Vivix Shaklee Untuk Tenaga dan Kesihatan
Vivix Shaklee Untuk Tambah Tenaga
Kalau perasan, saya ada nyatakan yang Vivix ini juga sesuai untuk mereka yang merokok. Jangan terkejut kerana perokok yang amalkan Vivix akan rasa pahit bila nak mula merokok. Dan akhirnya, mereka berhenti sendiri. Kisahtestimoni Vivix bantu perokok berhenti merokok dalam seminggu di sini ya. Jemput baca.
Dengan segala kebaikan dan khasiat yang ada, maka tidak hairanlah jika Vivix ini menjadi antara produk Shaklee yang terunggul dalam pasaran bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke peringkat antarabangsa ! Seleberiti dan ikon ikon negara pun turut mempercayai kebaikan dan kelebihan Vivix Shaklee
Ok, dah panjang lebar bercerita. Diharapkan para pembaca semua mendapat manfaat dan info berkaitan Vivix Shaklee ini. Kesimpulannya, Vivix ini adalah minuman ini adalah minuman botani semulajadi yang menyokong kesihatan dan kecantikan luar dalam. Memang lengkap semua dalam 1 ! 

No comments:

Post a Comment