Friday 14 October 2016

Perkembangan fetus 8 minggu

Perkembangan fetus - hamil 8 minggu

Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna 'zuriat'. Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 1.6sm. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata. 

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan coli yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada coli lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan seluar jean kegemaran anda sehingga tahun depan. 

Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu. Lihatlah album gambar minuman-minuman yang sesuai untuk wanita hamil.

Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


No comments:

Post a Comment