Friday 11 September 2015

Anti stress


Stress punca banyak penyakit-penyakit kronik. Banyak kesan-kesan yang kurang baik pada kehidupan kita terutama wanita. Stress boleh mengganggu sistem pencernaan kita seperti sakit perut, sembelit, cirit birit, menjejaskan sistemimuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, penambahan berat badan. Berat badan bukan je sebab kita banyak makan ye malah stress pun boleh jadi punca kepada obesiti/overweight.. 

Apakah vitamin yang boleh mengawal STRESS?

 B COMPLEX


Vitamin B complex mengandungi :

Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B3(niacin)
Vitamin B5
Vitamin B6
Vitamin B9 (asid folic)
Vitamin B12

Kesemua jenis vitamin ini diperlukan oleh tubuh badan kita.

    1. Vitamin B1 - Membantu menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
      2. Vitamin B3 - Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
        3. Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
          4. Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
            5. Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
              6. Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram
                (credit to Nanny Cery)

                No comments:

                Post a Comment